Skip to main content

Komanwel

Glasgow26: ISN komited perkukuh kerjasama demi kecemerlangan atlet

sss

Institut Sukan Negara (ISN) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), para atlet, jurulatih dan pegawai atas kejayaan cemerlang meraih tiga pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat negara dan mencerminkan hasil usaha gigih atlet, pasukan kejurulatihan, persatuan sukan kebangsaan serta sokongan pelbagai pihak dalam ekosistem sukan berprestasi tinggi
negara.

ISN mengambil maklum pandangan yang dikemukakan oleh PABM berhubung aspek pengurusan makanan tambahan dan sokongan sains sukan.

Sebagai institusi yang dipertanggungjawabkan menyediakan perkhidmatan sains,perubatan dan teknologi sukan kepada atlet negara, setiap keputusan yang dibuat oleh ISN adalah berpandukan penilaian saintifik, amalan profesional, tadbir urus yang baik serta prinsip keselamatan dan kebajikan atlet. ISN kekal komited melaksanakan tanggungjawab tersebut secara berintegriti, telus dan berasaskan bukti selaras dengan piawaian serta amalan yang diterima pakai.

ISN sentiasa mengamalkan pendekatan libat urus dan kerjasama yang erat bersama persatuan sukan kebangsaan, pasukan kejurulatihan dan semua pihak berkepentingan dalam memastikan sistem sokongan prestasi atlet terus diperkukuh.

Sebarang pandangan atau maklum balas yang diterima akan sentiasa diteliti secara konstruktif sebagai sebahagian daripada usaha penambahbaikan berterusan.

 

 

 

ISN percaya bahawa kejayaan atlet merupakan hasil usaha kolektif semua pihak.

Justeru, hubungan strategik antara ISN, Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), persatuan sukan kebangsaan serta semua pihak berkepentingan perlu terus diperkukuhkan berlandaskan semangat saling menghormati, komunikasi yang terbuka dan matlamat bersama untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Dengan masih berbaki beberapa acara di Sukan Komanwel Glasgow 2026, ISN akan terus memberikan sokongan sepenuhnya kepada semua atlet negara agar mereka dapat beraksi pada tahap terbaik demi mencapai sasaran kontinjen Malaysia.

 

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video