Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan SEA

Sukan SEA Hanoi: Skuad futsal tewas kepada Thailand dalam aksi pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

futsal-mas-tha.jpg
MALAYSIA 2 THAILAND 6

Skuad futsal lelaki negara memulakan kempen Sukan SEA Hanoi 2021 dengan langkah kiri apabila tewas 2-6 kepada pasukan pilihan utama, Thailand, di Gimnasium Ha Nam sebentar tadi.

Peerapat Kaewwilai muncul penjaring hatrik buat Thailand sambil Ronnachai Jungwongsuk menjaringkan gol berganda dan Muhamad Osamanmusa turut mencatatkan nama selaku penjaring.

Malaysia cuba merapatkan jurang menerusi gol Ekmal Shahrin dan Khairul Effendy Bahrin ketika ketinggalan 0-5 menuju penghujung permainan tetapi masih gagal untuk menggugat keampuhan pasukan Gajah Perang berkenaan.

Ronnachai membuka jaringan buat Thailand seawal minit pertama sebelum Peerapat menggandakan kelebihan itu berselang lima minit.

Osamanmusa meletakkan juara empat kali itu kian selesa dengan kelebihan tiga gol pada minit kelapan sebelum Ronnachai dan Peerapat, masing-masing menambah gol kedua peribadi menjelang waktu rehat separuh masa.

Malaysia memperkemaskan aksi dalam babak kedua dan berhasil memecahkan kebuntuan menerusi jaringan Ekmal pada minit ke-35 dan Khairul Effendy berselang seminit.

Bagaimanapun, kebangkitan yang cuba dilakukan pasukan kebangsaan terhenti sebaik Peerapat melengkapkan hatriknya pada minit ke-38 bagi memastikan kemenangan pertama Thailand dalam edisi kali ini.

Skuad negara seterusnya akan meneruskan aksi dengan menentang pasukan tuan rumah, Vietnam, di venue sama Sabtu ini.



*Kredit foto: FAM

 

Advertisement

Must Watch Video