Pelumba berbasikal negara, Nur Aiman Zariff, menyumbangkan pingat emas ke-37 Sukan SEA Hanoi buat negara apabila menawan acara lebuh raya, sebenar tadi.
Dalam kayuhan sejauh 162km di wilayah Hoa Binh itu, Raja Bukit Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 itu memecut deras di atas jalan basah sebaik menuju 1km garisan penamat.
Dia menamatkan perlumbaan itu dalam tempoh 3 jam 48 minit 22 saat.
Kali terakhir wakil Malaysia membawa pulang pingat dari acara ini adalah pada 2017 menerusi Shahrul Mat Amin.
Atlet Indonesia, Aiman Cahyadi, menamatkan saingan di tempat kedua sementara Navuti Liphongyu dari Thailand melengkapkan podium.
Lain-lain atlet negara, Akmal Hakim Zakaria, menghabiskan perlumbaan dengan catatan masa 3:51.17s untuk menduduki kelompok 10 teratas sementara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki terpaksa akur dengan masa 4:4.48s.
Ia emas kedua daripada kem berbasikal negara selepas pasukan campuran berbukit.