Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Hanoi: Malaysia disaran hantar kuartet wanita dalam 4x100m

azreen-nabila-alias.jpg
Jurulatih olahraga negara, M Balamurugan, menyeru Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) agar mempertimbangkan cadangannya untuk menghantar skuad muda wanita dalam acara 4x100m ke Sukan SEA Hanoi, 12-23 Mei depan. 

Slot itu bakal menjadi rebutan antara Azreen Nabila Alis, Zaidatul Husniah Zulkifli, Siti Fatimah Mohamad, Nur Aishah Rofina Aling, Fatin Ilyana Mat Naya, S Komalam Sally dan Nor Sarah Hadi untuk membentuk kuartet dalam acara berkenaan menerusi satu kejohanan di Bukit Jalil, 26 dan 27 Mac ini. 

Baginya, temasya dwitahunan itu menjadi pentas pendedahan awal yang terbaik buat anak didiknya di peringkat antarabangsa. 

"Memandangkan tiada pelari pecut wanita yang layak secara merit ke Sukan SEA, saya harap pihak persatuan membuat satu keputusan yang arif dengan mendaftarkan atlet-atlet muda. 

"Saya harap atlet muda diberi peluang untuk menimba ilmu bagi persiapan Sukan SEA yang berikutnya. 

"Saya berhasrat mengadakan satu perlumbaan untuk memilih lima pelari terbaik," kata Balamurugan.

 

Advertisement

Must Watch Video