Skip to main content

Badminton

Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik ke suku akhir atasi Aaron-Roy King

aaron wooi yik
Advertisement

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark apabila mengatasi rakan senegara, Aaron Tai-Yap Roy King, di SJF Bank Arena sebentar tadi.

Turun selaku gandingan pilihan keempat, Aaron Chia dan Wooi Yik diberikan tentangan hebat oleh juara Terbuka Arctic berkenaan sehingga kerap berada di kedudukan mengejar tetapi selepas lawan menyamakan kedudukan 18-18, mereka memperoleh tiga mata berturut-turut untuk memenangi set pertama.

Advertisement

Bagaimanapun, Aaron Chia dan Wooi Yik kemudian mempamerkan aksi lebih tenang dalam set kedua untuk mendominasi permainan sebelum mencatatkan kemenangan 21-11 selepas secara keseluruhan bertarung selama 33 minit.

Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara gandingan Jepun, Hiroki Okamura-Kyohei Yamashita, dan beregu China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi, bagi penentuan ke separuh akhir esok.

Advertisement

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video