Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Faithal mahu Malaysia tetap pendirian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faithal-hassan-140717.jpg
Pemerhati sukan negara, Dr. Mohamad Faithal Hassan, meminta agar pegawai sukan Malaysia berpendirian teguh mengenai sasaran pingat menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan tidak terperangkap dengan mainan psikologi daripada Thailand dalam perebutan juara keseluruhan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mengakui  sudah memiliki sasaran pingat buat kontinjen negara, namun masih enggan mengumumkannya kepada rakyat Malaysia.

Perkara itu dilihat mempunyai kaitan dengan tindakan Thailand mengumumkan sasaran 100 emas, sekali gus memaksa pegawai sukan negara membuat kajian semula mengenai sasaran pingat kita.

Bagaimanapun, pemerhati sukan itu berpendapat bahawa tindakan Thailand itu hanya bersifat mainan psikologi.

"Itu tidak boleh dijadikan sebagai halangan untuk mengumumkan sasaran kontinjen negara kerana permainan psikologi ini merupakan perkara biasa," katanya.

"Sebagai tuan rumah, sepatutnya Malaysia mempunyai lebih kekuatan psikologi berbanding pasukan-pasukan lain.

"Jadi, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta majlis Sukan Negara (MSN) seharusnya lebih lantang dan berani dalam usaha untuk mengumumkan serta mencapai sasaran Malaysia," tambahnya.

Pada awal tahun ini, beberapa pemerhati meramalkan 109 emas sudah memadai untuk Malaysia muncul juara keseluruhan dalam temasya dwitahunan itu.

Malaysia menghantar kontinjen terbesar dengan 874 atliet dan acara berbasikal diletakkan sebagai prospek penyumbang emas terbesar menerusi 13 emas.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video