Seteru Asia Tenggara boleh melupakan aspirasi memenangi emas bola jaring dalam Sukan SEA Kuala Lumpur bulan depan memandangkan skuad negara bersedia mengorbankan apa sahaja untuk memastikan kejuaraan di laman sendiri.
Biarpun hanya empat pasukan termasuk Malaysia sahaja yang menyertai Kejohanan Jemputan Bola Jaring Pra-Sukan SEA kali ini, pengendali negara, Tracey Robinson, tetap menyifatkan kejohanan itu penting untuk anak buahnya.
Ia terbukti apabila Malaysia menunjukkan penguasaan dalam setiap perlawanan sepanjang kejohanan itu serta kombinasi di benteng serangan yang menyumbang keseluruhan 318 jaringan -- secara tidak langsung memberi amaran kepada seteru serantau tentang keampuhan Malaysia.
"Prestasi pemain Malaysia berkembang dengan baik sungguhpun belum mencapai kemampuan seperti yang diharapkan.
"Kejohanan ini merupakan satu ujian yang bagus untuk kami menilai sejauh mana kemampuan kami.
"Kempen kami akan bermula pada 14 Ogos nanti dan kami masih mempunyai masa untuk memperbaiki beberapa perkara lagi," ujar Robinson.
Dalam perlawanan akhir pada hari ini, Malaysia menundukkan Thailand 75-33 dan pemain tengah, Nur Fariha Abdul Razak, dinobatkan sebagai pemain terbaik negara.
"Ini satu pengiktirafan yang di luar jangkaan. Saya sangat bangga dengan pencapaian diri sendiri serta pasukan.
"Ia meningkatkan keazaman kami untuk menampilkan aksi yang lebih baik dalam Sukan SEA nanti," katanya.
Bagi Thailand pula, mereka masih berpeluang untuk memperbaiki kelemahan kerana dalam Sukan SEA nanti, mereka menyasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa.
"Sudah tentu kami ingin membawa pulang medal, sebetulnya kami menyasarkan gangsa agar kami dapat membuktikan bahawa sukan ini semakin berkembang di Thailand," kata jurulatihnya, Chng Lili.