Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Bajet jadi agenda anjur edisi ke-30

jose-cojuangco-junior-180817.jpg
Tanda tanya mengenai status tuan rumah Sukan SEA edisi 2019 terjawab apabila Filipina kekal dengan hasrat mereka untuk menganjurkan temasya dwitahunan itu. 

Perkara itu dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) yang dipengerusikan presidennya, Tunku Imran Tuanku Ja'afar, di Kuala Lumpur hari ini. 

Presiden Jawatankuasa Olimpik Filiina (POC), Jose Cojuangco Junior, menjelaskan negara itu kekal selaku hos edisi 2019 susulan perbincangan lanjut bersama wakil kerajaan negara itu. 

Dianggarkan sejumlah RM42 juta ringgit akan diperuntukkan POC yang akan diterajui Setiausaha Kementerian Luar Negara itu, Alan Peter Cayetano. 

Tiga kawasan di sekitar Manila dijangka menjadi lokasi utama temasya yang akan memasuki edisi ke-30. 

"Kami telah menerima pengiktirafan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di atas kejayaan penganjuran Sukan SEA 2005 dengan menggunakan bajet yang diberikan oleh kerajaan Filipina. 

"Dan kini kami membincangkan mengenai bajet yang besar untuk menganjurkan temasya dwitahunan ini. Ia harus dinilai bagi mengenal pasti tujuan peruntukan besar digunakan," kata Cojuangco Junior. 

Dalam masa sama, mesyuarat hari ini turut mengesahkan Vietnam dan Kemboja masing-masing kekal selaku tuan rumah edisi 2021 dan 2023. 


 

Advertisement

Must Watch Video