Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Sukan SEA: Aksi antarabangsa penting buat skuad takraw negara

takraw.jpg
Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Abdul Talib Ahmad, enggan mensia-siakan peluang untuk menyertai kejohanan antarabangsa sebagai langkah persiapan meraih pingat emas hatrik dalam Sukan SEA Filipina 2019.

Sebelum ini, acara regu lelaki berjaya meraih pingat emas dalam Sukan SEA Singapura 2015 selain berjaya mempertahankannya dalam edisi dua tahun lalu di Kuala Lumpur.

Bagi merealisasikan impian meraih pingat emas hatrik di Filipna, November depan, Talib tidak mahu terlepas kejohanan antarabangsa selepas hampir setahun memberi tumpuan kepada latihan fizikal.

Skuad sepak takraw negara bakal menghadapi Piala Timbalan Menteri Besar Kelantan, 18 April ini, yang menyaksikan pasukan dari Thailand turut mengambil bahagian, disusuli Piala Pizza Hut di Pakistan bermula 25 April ini.

"Kami akan menjalani latihan di UUM Sintok selepas mendapat kerjasama pihak Universiti. Kami akan utamakan latihan daripada segi teknikal di sana," katanya.

Sementara itu, dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM), skuad negara akan menjalani latihan lebih terperinci daripada segi kemahiran dan sains sukan di Kedah selama sebulan sebelum berhadapan kejohanan yang berlangsung bulan depan.

"Kami telah lama tidak beraksi di luar negara. Saya berharap jadual yang telah ditetapkan dapat dijelmakan dalam dua kejohanan yang bakal dihadapi skuad negara."

 

Advertisement

Must Watch Video