Jurulatih olahraga negara, Malik Tobias, menyuarakan keperluan untuk nama atlet lontar peluru negara, Jonah Chang, beraksi di Sukan SEA Thailand atas Kategori A selepas dia memecah rekod kebangsaan dengan catatan 18.66 meter sekaligus melepasi had kelayakan ke Sukan SEA, 17.3 meter.
Senarai nama atlet olahraga ke temasya sukan dwitahunan itu hanya akan diumumkan selepas perbincangan akhir antara Olahraga Malaysia (OM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Untuk rekod, Jonah meraih tempat keempat dalam edisi lalu dengan catatan 16.67m.
Bagaimanapun, dia yakin prestasi yang ditampilkan Jonah ketika memecahkan rekod peribadi acara lempar cakera di SIPMA baru-baru ini mampu menyaksikan dia bersaing dengan Irfan Shamsuddin.
"Berdasarkan ranking Olahraga Dunia, dia telah layak bagi acara lontar peluru. Dan ketika ini dia dalam usaha untuk cuba layak dalam acara lempar cakera," kata Malik.
"Namun segalanya berdasarkan kondisi fizikal Jonah sepanjang dua bulan ini dan bergantung kepada keputusan yang ditetapkan OM siapa bakal mengisi slot atlet kedua bagi acara lempar cakera nanti."
Power Up Dengan Milo

Bersama Mencipta Juara Baru
Milo jadi sebahagian perjalanan atlet muda, dari latihan harian hingga ke pentas besar.
Power Up Dengan Milo