Tiada kategori slalom, tricks atau jump bagi acara luncur air dalam Sukan SEA Filipina 2019, November depan.
Skuad luncur air negara menerima tugasan getir membawa pulang pingat emas dalam acara bukan kebiasaan, iaitu kabel luncur air berpasukan.
Jika dua tahun lalu, sukan luncur air umpama lubuk emas untuk kontinjen negara dengan mengutip empat pingat emas daripada 11 yang menjadi rebutan, pencapaian itu tampak jauh untuk diulangi dalam edisi kali ini.
Tiga acara penting yang menyaksikan penguasaan atlet luncur air negara adalah menerusi Aaliyah Yoong Hanifah bersama-sama dua lagi adiknya, Aideen Yong dan Adam Yong, tiada dalam senarai acara yang dipertandingkan.
"Sasaran kami kali ini cuma satu emas," kata ketua jurulatih negara, Hanifah Yoong.
Baginya, ia perkara biasa apabila tuan rumah berhak menentukan acara yang bakal dipertandingkan.
Tambah beliau, itu tidak menghalang skuad negara untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu emas daripada acara kabel luncur air berpasukan.
"Semua acara individu tidak dipertandingkan manakala acara luncur air yang selebihnya bukan acara yang melibatkan atlet negara," katanya.