Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) memberi jaminan akan melangsaikan baki hutang berjumlah RM13,000 kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum Sukan SEA Filipina dari 30 November hingga 11 Disember depan.
NAAM antara tiga persatuan kebangsaan yang masih belum melunaskan hutang dengan MOM yang keseluruhannya berjumlah ratusan ribu ringgit.
Begitupun, ia sudah membuat bayaran ansuran kepada MOM dengan bakinya hanya berjumlah RM13,000.
Persatuan itu berjanji hutang berkenaan akan diselesaikan sebelum Sukan SEA Filipina kerana NAAM ingin menghantar pemanah negara dengan menggunakan dana persatuan.
Tetapi ia bergantung juga sama ada atlet mereka disenaraikan dalam kategori A atau B.
Sementara itu, dua lagi persatuan yang terbabit, iaitu Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) digesa agar menyelesaikan hutang tersebut, lebih-lebih lagi Persatuan Bola Baling Malaysia, kerana ia membabitkan nilai ratusan ribu ringgit.
Apatah lagi, bola baling tidak dipertandingkan dalam Sukan SEA kali ini dan situasi itu akan menyukarkan atlet sukan yang lain kerana bakal berdepan masalah untuk disenaraikan dalam kategori A.