Majlis Olimpik Malaysia (MOM) 'menghukum' bola baling apabila sukan itu tiada dalam senarai 51 jenis sukan yang dipilih untuk penyertaan kontinjen negara dalam Sukan SEA Filipina 2019 dari 30 November hingga 11 Disember depan.
MOM menerusi panel pemilihan hari ini memutuskan sebanyak 51 daripada 56 jenis sukan yang dianjurkan tuan rumah akan disertai kontinjen negara dalam temasya dwitahunan itu.
Ini bermakna lima jenis sukan, iaitu arnis, bola baling, kurash, sambo dan gusti dipinggirkan manakala keputusan ke atas skuad bola baling nyata mencuri tumpuan.
Apa tidaknya, sukan itu telah membawa cabaran negara dalam Sukan Asia 2018 tetapi gara-gara pencapaian buruk di Indonesia tahun lalu, mereka disingkirkan.
"Apabila kami menghantar sesebuah sukan untuk menyertai temasya, persatuan itu mestilah mempunyai program pembangunan.
"Kami tidak mahu sekadar hantar mereka sekali, selepas itu mereka tidak menyertai kejohanan besar lagi.
"Sebab itulah MOM menolak sukan-sukan lain yang tiada relevan," jelas Presiden MOM, Datuk Seri Norza Zakaria, dengan kontinjen negara dijangka akan disertai 1,076 atlet dan pegawai.
Mesyuarat itu turut meluluskan penglibatan 12 jenis sukan yang tidak bernaung di bawah MOM, antaranya e-sukan, hoki dalam air dan luncur ais yang disenaraikan di bawah kategori B.
Sementara itu, keputusan MOM dalam menentukan kedudukan atlet dalam kategori A atau B keseluruhannya hanya dibuat selepas tempoh penilaian 12 bulan berakhir, Jun depan.
"Mengapa kami mengadakan pada akhir Jun depan?
"Ini kerana Julai depan, kami akan sekali lagi mengadakan pemilihan jawatankuasa dan tempoh itu akan memberi ruang kepada MOM unntuk mengemas kini rekod terlebih dahulu supaya kami boleh membuat pendaftaran sebelum September," terang Norza.