Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) membuat ‘pusingan U’ dan mewujudkan semula skuad hoki dalam dewan setelah tuan rumah Sukan SEA 2019, Filipina, hanya akan menyenaraikan acara itu dan menggugurkan hoki padang.
Keputusan itu dibuat selepas berakhirnya mesyuarat jawatankuasa kerja bersama Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.
Selepas berakhirnya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, KHM tidak memberi penekanan kepada sukan hoki dalam dewan meskipun skuad negara menghadirkan satu pingat emas dan satu gangsa dalam temasya itu.
Kini, skuad hoki dalam dewan bakal diwujudkan semula dan KHM meletakkan sasaran tinggi, iaitu dua emas yang perlu dituai di Filipina nanti.
"Memang MSN membantu kami daripada segi perancangan dan sebagainya. Saya juga akan bekerjasama dengan MSN bagi memastikan walaupun hoki padang tidak diberi peluang untuk diadakan dalam Sukan SEA 2019, kami berjanji akan terjemahkan dua emas buat negara," kata Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal.
KHM masih meneliti untuk mencari calon jurulatih bagi mengendalikan skuad lelaki dan wanita, namun mengesahkan sudah pun mempunyai jumlah pelatih seramai 12 orang untuk diserap menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan.