Pemain bola tampar remaja negara, Joseph Liang, bertekad menyinar dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) di Semarang, Indonesia, 17 hingga 25 Julai ini, dalam misi untuk terpilih dalam skuad Sukan SEA Filipina 2019.
Joseph yang menceburi sukan bola tampar seawal usia lapan tahun melihat abangnya, Joshua, sebagai inspirasi untuk menjadikan bola tampar sebagai satu karier.
Justeru, dia berharap kejohanan berkenaan menjadi titik permulaan untuknya dikenal pasti jurulatih bola tampar kebangsaan, Tay Yeu Siong, seterusnya diberi peluang untuk bersaing dalam temasya dwitahunan itu dari 30 November hingga 11 Disember depan.
"Saya mula menceburi bola tampar sejak darjah dua selepas melihat aksi abang sehingga mencetuskan minat saya.
"Saya harap dapat teruskan aksi dalam Sukan SEA 2019," katanya.
Dalam pada itu, ketua jurulatih pasukan bola tampar remaja negara, Zulyadi Zakaria, optimis gandingan pemain senior dan muka baru mampu mempertahankan pingat emas.
"Kekuatan pasukan tahun ini seimbang demgam skuad 2018 yang mencipta sejarah negara dengan memenangi pingat di peringkat antarabangsa.
"Seramai 17 pemain dari tahun lalu masih kekal dan kami menyasarkan untuk ke final tahun ini," katanya yang berwaspada terhadap ancaman Thailand selepas diundi sekumpulan dengan negara pilihan itu.