Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunjukkan kesungguhan dalam memastikan atlet negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur (KL) 2017 bebas daripada penggunaan bahan terlarang apabila melantik Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz sebagai Pengarah Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS).
ADAMAS memerlukan individu berpengalaman untuk memastikan temasya Kuala Lumpur bebas daripada sebarang kes doping.
Ini cabaran paling besar buat Dr Ramlan yang sudah memulakan hari pertama sebagai pengarah ADAMAS.
Beliau pernah memegang jawatan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) selain penasihat Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Justeru, pakar perubatan sukan itu disifatkan paling layak untuk menggalas tugas sukar untuk memastikan temasya itu bebas doping seperti yang dilakukan Singapura, dua tahun lalu.
Untuk rekod, sebanyak 14 kes positif doping berlaku dalam arena sukan Malaysia tahun lalu -- jumlah ketiga tertinggi dalam sejarah.
"Ia adalah cabaran paling besar dalam penganjuran Sukan SEA memandangkan tahun lalu, sebanyak 14 kes membabitkan atlet negara.
"Kami berharap dengan kehadiran Dr Ramlan, kami akan mempunyai lebih banyak strategi untuk menangani kes itu," kata Ketua Unit ADAMAS, Nishel Kumar.
Ramlan ketika ditemui mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan misi sifar doping dalam temasya itu nanti.
"Ini adalah perkara penting yang harus kita sedar di mana semua atlet, pegawai dan jurulatih perlu bertanggungjawab dan bersama-bersama memastikan kes positif doping menjadi sifar.
"Kami akan berusaha untuk memastikan bahawa semua pihak menunjukkan komitmen yang lebih tinggi bahawa sukan kita adalah sebersih-bersihnya dan tidak dinodai tanda tanya tentang apa yang membantu (prestasi) atlet.
"Biarlah arlet meraih kejayaan melalui usaha mereka dalam latihan dan tidak dibantu oleh apa-apa bahan kimia dan doping," katanya.
Sehubungan itu, tambah beliau lagi, sasaran itu adalah realistik untuk dicapai andai mendapat kerjasama daripada semua pihak.
"Insya-Allah, itulah menjadi cabaran kami tapi ini adalah satu cabaran yang harus digalas semua pihak dan bukan sahaja pihak ADAMAS. Tentu sekali ia melibatkan kerjasama pihak persatuan, jurulatih dan atlet sendiri.
"Ini memberikan satu peluang untuk kita mencapai sifar doping."