Atlet berbasikal trek para negara, Mohd Najib Turano, sedia membuktikan prestasi terbaik dalam Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia di Belanda, Mac depan.
Sebelum ini, Najib tidak berkesempatan meraih mata untuk misi menempah slot ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam Kejohanan Berbasikal Trek Para Asia 2019 bulan ini gara-gara kecederaan.
Sehubungan itu, Najib sedia memberi komitmen penuh menjelang Kejohanan Dunia tersebut dalam usaha mengesahkan tempat ke Sukan Paralimpik tahun depan meskipun sedar perlu terus menggandakan usaha.
"Saya terlepas aksi Kejohanan Berbasikal Trek Para Asia 2019, jadi saya perlu fokus kepada Kejohanan Dunia di Belanda yang menjadi misi mengumpul mata bagi Sukan Paralimpik 2020," katanya.
Najib turut menerima suntikan semangat menjelang Kejohanan Para Dunia apabila menerima RM19,000 dalam Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan oleh Kerajaan Negeri Selangor, semalam.
Atlet lain yang turut menerima imbuhan itu ialah atlet boling tenpin negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman.
"Insentif ini boleh membantu saya daripada segi perbelanjaan sendiri atau membayar yuran kejohanan sekiranya perancangan saya untuk mengikuti siri jelajah profesional yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM50,000 tercapai," kata Siti Safiyah.