Liverpool akan berdepan Tottenham Hotspur dalam pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL) 2026/27 manakala naib juara edisi lalu, Arsenal, diundi menentang Ipswich Town.
Tottenham akan bertandang ke Anfield selepas kali terakhir berdepan Liverpool di venue sama dalam saingan ini dua musim lalu, ketika tewas 1-4 secara agregat pada separuh akhir edisi 2024/25.
Undian yang berlangsung selepas aksi pusingan kedua awal pagi tadi turut menemukan Manchester United dengan Brighton & Hove Albion, manakala juara bertahan, Manchester City, akan melayani kunjungan Norwich City.
🔥 That #CarabaoCup Round Three draw!#EFL pic.twitter.com/hHiX1KceLV
— Carabao Cup (@Carabao_Cup) August 26, 2026
Antara pertembungan lain, Aston Villa akan berkunjung ke Coventry City, Newcastle United bertandang ke Millwall dan Everton menentang Wolverhampton Wanderes.
Aksi pusingan ketiga dijadualkan berlangsung bermula 7 dan 14 September 2026 depan.