Tempoh lima hari paling sukar buat Kuala Lumpur (KL) City apabila mengalami isu kekurangan pemain sejak minggu pertama Liga Super minggu lalu sehingga didenda oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menghadiahkan kemenangan percuma buat Negeri Sembilan kerana kegagalan menguruskan urusan pendaftaran pemain lebih awal menentang kelab itu.
Dan kesusahan itu berterusan semalam tatkala terpaksa turun dengan hanya 10 pemain dengan satu penggantian di bangku simpanan bertemu Kuching City yang berkesudahan tewas besar 0-6 di Cheras.
Isteri Giancarlo Gallifuoco, Olivia Gallifuoco, memuat naik kata-kata berkenaan isu tersebut sambil terharu dengan perjuangan suami serta para pemain skuad Warga Kota yang tetap turun beraksi walaupun jelas keletihan tanpa sebarang pertukaran.
