Skip to main content

Paralimpik

Sukan Para Asia: Liek Hou jalani latihan sepenuh masa

liekhou.jpg
Jaguh badminton para dunia, Cheah Liek Hou, akhirnya berupaya menumpukan perhatian kepada latihan sepenuh masa dalam usaha untuk memburu emas Sukan Para Asia 2018 dan seterusnya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Sepanjang hayatnya, Liek Hou terpaksa mengimbangi keghairahan sebagai pemain badminton dan pelbagai kerjaya sampingan bagi menyara hidup.

Selepas pelbagai inisiatif, dia kini sudah berupaya menumpukan sepenuh tenaga kepada badminton, malah kini berlatih di bawah naungan Akademi Sports Affairs yang dikendalikan bekas pemain kebangsaan, Rashid Sidek.

Dalam pada itu, Sports Affairs juga menjadi pangkalan kepada perseorangan profesional negara seperti Liew Daren, Chong Wei Feng dan pemain veteran dari Korea Selatan, Lee Hyun-il.

"Ia bagus untuk kerjaya saya kerana dapat menyertai sepenuh masa di Sports Affairs. 

"Lagipun, saya dapat memberi tumpuan kepada kejohanan tahun ini seperti Sukan Para Asia dan kejohanan di luar negara.

"Latihan di sini banyak membantu saya daripada segi kelajuan dan kemahiran," ujarnya.

Bagi Liek Hou yang memiliki himpunan gelaran dunia dalam saingan perseorangan dan beregu, dia tetap dahagakan kejayaan.

Sukan Para Asia Indonesia tiada bezanya ketika Liek Hou menjangkakan tentangan hebat daripada kontinjen tuan rumah, terutama seterunya, Suryo Nugruho.

"Sasaran utama tahun ini adalah Sukan Para Asia. Ia kerana ramai pemain baru yang baik di Indonesia," katanya lagi. 
 

Advertisement

Must Watch Video