Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, berkemungkinan menjadi pelumba tunggal negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 ekoran trio pecut negara kini berdepan tugas sukar untuk melayakkan diri selepas menghuni ranking ke-14 mata kelayakan.
Malaysia dalam kedudukan selesa untuk layak dalam acara keirin dan pecut individu dengan menghuni ranking kelima dalam acara keirin dan ke-14 dalam pecut individu.
Kuota ke Sukan Olimpik Tokyo hanya akan diberikan kepada seorang pelumba dan situasi itu akan menjadikan Azizulhasni sebagai calon terbaik untuk beraksi dalam kedua-dua acara berkenaan.
Masalah timbul apabila trio pecut berpasukan negara hanya menghuni ranking ke-14 dengan hanya lapan negara terbaik akan layak ke temasya itu.
Ia bermakna trio negara yang dibarisi Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Zonis perlu lebih konsisten dalam kejohanan utama, termasuk merangkul pingat emas dalam Kejohanan Trek Asia di Korea Selatan, Ogos depan.
Jika gagal, Azizulhasni berkemungkinan akan menjadi wakil tunggal negara ke Tokyo.
"Kami perlu menghuni sekurang-sekurangnya kelompok lapan terbaik dalam setiap Siri Piala Dunia yang disertai.
"Ia termasuk untuk mendapatkan kedudukan yang baik dalam Kejohanan Dunia.
"Banyak usaha keras perlu kami lakukan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik.
"Bagi acara individu pula, saya hanya perlu mengekalkan kedudukan sedia ada kerana musim ini terlalu padat dengan pelbagai kejohanan utama," katanya
Terdahulu, Azizulhasni menghadiri program merealisasikan impian Daikin di Shah Alam, hari ini.