Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Olimpik Paris: Tiada jentera baru, skuad berbasikal trek fokus elemen dalaman

azizul-hamidin.jpg
Jurulatih berbasikal trek kebangsaan, John Beasley, mendedahkan kelewatan mendapat kelulusan geran projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) menjadi punca utama tiada basikal baru buat tiga pelumba negara, Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Zonis menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.

"Kami berhasrat untuk membuat perubahan terhadap basikal tapi bajet tidak turun sehinggalah Februari ini.

"Kami hanya ada masa hingga Ogos ini jadi tiada masa untuk siapkan acuannya jadi kami perlu melihat kepada perkara kecil untuk memperkasakannya.

"Semua ini memerlukan usaha lebih 12 bulan dan boleh menjejaskan hasrat kami tingkatkan persembahan. 





"Jadi kami perlu lihat apa yang boleh dilakukan secara dalaman berbanding mengubah strukturnya," katanya. 

Dalam pada itu, chief-de-mission (CDM) Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin, sedia menggunakan 'kabel' demi memenuhi hasrat dan keperluan yang dikemukakan setiap atlet tanpa perlu menunggu Mesyuarat Jawatankuasa Road to Gold (RTG) sekiranya terpaksa.

"Datuk Nicol akan bawa laporan untuk dibincangkan dalam mesyuarat RTG seterusnya. 




"Tapi kalau mesyuarat RTG lambat lagi, kami kan terus bermesyuarat dengan menteri secara atas talian secepat mungkin.

"Program RTG ini sudah diumumkan 1-2 lalu jadi ini perlu dipercepatkan," katanya dalam lawatan CDM ke Velodrom Nasional di Nilai. 





 

Advertisement

Must Watch Video