Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Olimpik Paris: PKBM pertaruh potensi Nur Aisyah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nur-aisyah-zubir.jpg
Nur Aisyah Zubir menjadi pilihan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk mengibarkan cabaran skuad lebuh raya wanita negara dalam Sukan Olimpik Paris tahun depan. 

Pelumba wanita meraih satu slot secara merit ke temasya itu menerusi kejayaan Phi Kun Pan dalam acara lepas beramai-ramai B-23 wanita dalam Kejohanan Lumba Basikal Lebuhraya Asia (ACC 2023) di Rayong, Thailand, Jun lalu. 

Begitupun, Nur Aisyah yang memenangi dua pingat gangsa dalam acara lebuh raya dan kriterium wanita Sukan SEA 2023 Kemboja, Mei lalu, diberi kepercayaan untuk menggalas cabaran. 

"Setelah perbincangan dengan banyak pihak, Tahap konsistennya membuatkan kami memilih Nur Aisyah dan pungutannya mata juga di ranking teratas.




"Lima lagi pelumba akan menjadi pelapisnya termasuk Phi Kun untuk menyertai beberapa kejohanan seperti di Vietnam dan Thailand. 

"Acara lebuh raya tidak boleh berseorangan, tidak seperti berbasikal trek.

"Mereka akan menyertai kejohanan sebelum Sukan Olimpik 2024. 

"Laluan Nur Aisyah agak sukar tetapi tidak mustahil. 

"Kami mengharapkan pelumba untuk menghabiskan saingan dan mungkin boleh melakukan kejutan," katanya dalam sidang media sebentar tadi. 




Kali terakhir skuad berbasikal lebuh raya kebangsaan mempunyai wakil di pentas Olimpik adalah pada edisi 2012 di London menerusi dua pelumba lelaki negara Muhammad Adiq Hussainie Othman dan Amir Mustafa Rusli.

Menurutnya lagi: Setelah perbincangan, konsistennya membuatkan kami memilih Nur aisyah dan pungutannya mata juga di ranking teratas.

"Lima lagi pelumba akan menjadi pelapisnya termasuk Phi Kun. 

"Acara lebuh raya tidak boleh berseorangan, tidak seperti berbasikal trek."

Amir Mustafa yang dilantik untuk menerajui pasukan lebuh raya wanita percaya anak buahnya berpotensi besar dan penyertaan kejohanan mampu memacu perkembangan mereka ke peringkat lebih tinggi lalu. 

"Kalau lebih banyak yang boleh disertai pelumba, maka kami dapat tingkatkan dan nilai persembahan. 

"Pelumba wanita negara sering menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik Asia.

"Pelumba wanita boleh pergi jauh, kita juga mempunyai pelapis terbaik di peringkat negeri. 

"Pelumba wanita ketika ini berkualiti dan jika diketengahkan lagi, tahap kita mungkin tidak jauh dengan negara lain. 

"Saya sudah berbincang dengan ketua jurulatih kebangsaan, John Beasley, untuk menyertai kejohanan termasuk singkat ketika jelajah Eropahg di Sepanyol . 

"Kita sudah lewat untuk buat persiapan dalam lapan bulan sudah lewat. Banyak proses yang perlu dimulakan dari sekarang," katanya pula.

 

Advertisement

Must Watch Video