Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Olimpik Paris: Nur Aisyah dambakan basikal lebih berkualiti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nur-aisyah-berbasikal.jpg
Pelumba berbasikal lebuh raya wanita negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir, memaklumkan persiapannya menuju ke Sukan Olimpik Paris, Julai depan, berjalan lancar seperti yang dirancang.

Fokus pelumba kelahiran Kemaman itu untuk memastikan dia memiliki kekuatan daripada segi ketahanan atau ketahanann perlumbaan.

Nur Aisyah yang ditemui ketika lawatan chef-de-mission (CDM) Sukan Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin, di Nilai, Negeri Sembilan, hari ini turut memyuarakan hasratnya untuk memiliki kelengkapan basikal yang lebih berkualiti demi membantu dirinya mencapai prestasi optimum.

"Peralatan basikal sangat penting sekiranya mahu bersaing dengan pelumba dunia. 

"Ini merupakan peluang sekali seumur hidup saya," katanya.





Sementara itu, jurulatih berbasikal lebuh raya wanita negara, Amir Mustafa Rusli, gembira dengan perkembangan anak buahnya tersebut sejak sesi latihan bermula November lalu.

Dia mengesahkan Nur Aisyah bakal menyertai beberapa kejohanan utama antaranya Tour of Biwase, Vietnam bermula Isnin ini serta Jelajah Thailand dari 8 hingga 10 April.

Nur Aisyah seterusnya akan menjalani kem latihan berpusat di Belgium bermula 25 Mei hingga 31 Julai sebelum berlepas ke Paris.

"Dengan latihan kini, motivasi pelumba sangat tinggi dan ia membanggakan saya. 

"Tidak mustahil akan ada keajaiban berlaku daripada pelumba," katanya pula. 

Tambah Timbalan CDM, Datuk Nicol David: "Bukan setiap hari dapat melihat pelumba mewakili Malaysia, semoga dia dapat menjauhi sebarang kecederaan dan melangkah jauh."
 

Advertisement

Must Watch Video