Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Olimpik Paris: Azizulhasni bakal akhiri kemarau kilauan pingat emas negara

azizulhasni.jpg
65 hari menuju Sukan Olimpik Paris -- kontinjen negara berada di fasa terakhir persiapan menerusi program pemerkasaan yang menempatkan atlet elit di luar negara.

Kitaran olimpik kali ini masih memperlihatkan sandaran emas pertama digalas sepenuhnya Datuk Azizulhasni Awang -- pendirian itu disuarakan bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) & bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz.

Ramlan, figura yang memiliki latar belakang -- kepakaran perubatan sukan yang turut berakit rapat dengan elemen sains sukan yang menjadi tunjang di sebalik aksi berkelas dunia atlet negara.

Atas faktor itu, beliau meramalkan, The Pocket Rocketman, bakal mengakhiri kemarau kilauan pingat emas negara di Paris -- dalam acara keirin -- analisa itu berteraskan peningkatan prestasi Azizulhasni pada tahun ini.
   

Advertisement

Must Watch Video