Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyambut baik hasrat penganjur Sukan Olimpik Los Angeles 2028 untuk menyenaraikan lima acara sukan baru termasuk skuasy dalam temasya terbesar dunia itu.
Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib, berkata sememangnya usaha tersebut sudah diperjuangkan sejak MOM di bawah teraju kepimpinan Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar lagi.
Malah, dia turut berharap sokongan daripada kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membawa perkara tersebut ke pentas Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.
“Sebagai tuan rumah, Los Angeles diberi peluang untuk memperkenalkan sukan yang mereka ingin pertandingkan. Kita sejak zaman Tunku Imran dan (legenda skuasy negara) Datuk Nicol (David) sudah perjuangkan (acara skuasy disenaraikan dalam Sukan Olimpik).
“MOM amat mengalu-alukan dan semoga dapat sokongan daripada kerajaan untuk memanjangkan sokongan itu kepada Los Angeles,” katanya.
Terdahulu, tuan rumah Sukan Olimpik Los Angeles 2028 bercadang menyenaraikan sukan kriket, flag football, lacrosse, skuasy dan besbol-sofbol dalam temasya itu.
Bagaimanapun, cadangan penganjur itu tertakluk kepada kelulusan akhir oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), yang akan mengadakan sesi di Mumbai, India penghujung bulan ini.
Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Los Angeles 2028 (LA28), Kathy Carter, dalam satu kenyataan pada Isnin lalu.
“Dalam membina program Sukan Olimpik, kami bersedia untuk mencabar status quo dan berfikir secara berbeza mengenai perkara yang mungkin untuk Sukan Olimpik di Los Angeles,” ujar Carter.
Mengulas lanjut, Mohd Nazifuddin berkata, skuasy mempamerkan aksi yang konsisten di pentas antarabangsa, termasuk menyumbang dua pingat emas dalam Sukan Asia Hangzhou 2022 baru-baru ini.
Berdasarkan rekod itu, dia optimis skuad skuasy mampu menyumbang pingat buat kontinjen Malaysia jika acara berkenaan dipertandingkan dalam Sukan Olimpik.
Pada masa sama, dia berharap agar Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) dapat membentuk barisan pemain yang lebih mantap sebagai persiapan awal sekiranya skuasy berada dalam senarai acara Sukan Olimpik.
“Berdasarkan rekod, kita ada peluang untuk medal (pingat) dan ini jadi cabaran besar buat SRAM. Harap boleh buat program dalam RTG (Road to Gold).
“Cuma kita perlu bersedia perkuatkan lagi pasukan apabila masuk Sukan Olimpik, ia sudah jadi tahap dunia yang disertai lebih 200 negara berbanding di peringkat Asia 45 negara,” ujarnya lagi.
--Sinar Harian