Bekas pelari pecut negara, Nazmizan Mohamad, bimbang dengan peluang atlet olahraga untuk melepasi had kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara merit meskipun ramai atlet yang dihantar berlatih di luar negara.
"Program latihan atlet olahraga ke luar negara perlu dilakukan dalam jangka masa panjang dan tidak wajar untuk kita mendapatkan peningkatan prestasi dalam tempoh yang singkat.
"Mungkin kita tiada wakil dalam Sukan Olimpik 2020 tetapi kita sudah boleh merangka persiapan untuk menghantar wakil dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris pula," katanya.
Ketika ini pelari pecut, Jonathan Nyepa, Zaidatul Husniah Zulkifli, Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera) dan Nauraj Singh (lompat tinggi) sedang berlatih di luar negara.
Namun, mereka berdepan tugas sukar untuk layak ke temasya Tokyo 2020 secara merit apabila tiada lagi tiket kategori B yang ditawarkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selain atlet perlu menghuni ranking terbaik dunia.
Sementara itu, Nazmizan turut meminta Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) agar memperjuangkan nasib atlet 20km jalan kaki lelaki dan 10km jalan kaki wanita yang tidak dipertandingkan dalam Sukan SEA Filipina, dari 30 November hingga 11 Disember depan.
"Belum pernah lagi acara olahraga seperti ini tidak dipertandingkan dalam temasya seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Sukan Asia.
"Sebagai bekas atlet, saya harap ia boleh dipertandingkan kerana sudah pasti ia boleh menyumbang pingat emas kepada Malaysia," ujarnya.