Atlet karate-do negara, Syakilla Salni Jefry Krishnan, belum menyertai sesi latihan skuad kebangsaan sejak kembali ke tanah air, Khamis lalu, dan perkembangan itu mengundang persoalan adakah pertemuan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) esok akan mencapai keputusan positif?
Dia diberikan masa untuk memikirkan masa depannya sebelum duduk semeja dengan MSN bagi menentukan adakah dia akan beralih semula ke kategori 61kg selepas berdepan masalah berat badan dalam saingan 55kg.
Syakilla pulang ke Malaysia selepas tempoh perguruannya selama tiga bulan di Amsterdam, Belanda, disingkatkan.
Perbincangan itu akan melibatkan kedudukan Syakilla dalam kem kebangsaan atau dia akan beralih ke kancah profesional dalam usaha mengumpul mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Situasi itu pastinya akan memberikan cabaran lebih hebat kepada jurulatih negara, Ali Reza Souleymani, yang dilantik November tahun lalu bagi memastikan ada wakil daripada skuad karate-do Malaysia yang layak ke temasya Tokyo 2020.
Tetapi dalam masa yang sama, beberapa atlet negara seperti Madhuri Poovanesan juga merupakan prospek menarik untuk diketengahkan.
Ikuti perkembangan lanjut dalam edisi Nadi Arena yang seterusnya.