Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Sukan Olimpik 2020: Aksi di Eropah medan ukur kemampuan

khairulnizam-afendy.jpg
Atlet pelayaran negara, Khairulnizam Mohd Afendy, mengakui sesi latihan bagi persediaan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 di fasa yang amat perlahan disebabkan beberapa faktor yang melibatkan pihak Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Tidak mahu mengulas panjang tetapi itulah situasi yang melanda hampir setiap persatuan ketika ini.

Proses untuk memperbaharui kontrak jurulatih dan menunggu geran daripada MSN menjadikan situasi sukar buat Khairulnizam sehingga terpaksa mengetepikan beberapa kejohanan antarabangsa sebelum ini.

"Saya pun tidak pasti bahagian manakah yang perlahan tetapi sempena tahun baru ini, biarlah kita bergerak cepat dalam soal kerja. 

"Mungkin atas sebab tertentu, ia tidak dapat dielakkan (berhubung isu kontrak) tetapi saya berharap pada hujung bulan ini, semuanya mulai lancar.

"Sebagai atlet, saya hanya mematuhi  perancangan persatuan," ujarnya.

Walaupun kembali mendapatkan khidmat jurulatih asal sejak bulan lalu, namun kontrak dan gajinya masih belum diputuskan secara rasmi.

Dalam masa yang sama, Khairulnizam memerlukan lebih banyak kejohanan sebagai persediaan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Kami akan ke Eropah untuk mengikuti dua siri kejohanan yang berstatus empat dan lima bintang. 

"Ia akan menjadi kejohanan pertama saya tahun ini dan pentas untuk memantau perkembangan prestasi kami," ujarnya. 

Advertisement

Must Watch Video