Sukan menembak menjadi tumpuan di samping enam lagi sukan yang terlibat dalam mesyuarat pra-penilaian prestasi pada hari kedua hari ini.
Mesyuarat pra-penilaian atlet 2019 yang berlangsung untuk hari kedua dan terakhir itu bakal menilai dan menentukan nasib atlet tempatan dalam Program Podium.
Selepas 18 persatuan sukan bersidang semalam, baki tujuh lagi membentangkan prestasi atlet masing-masing hari ini.
Sekali lagi ia dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, dengan Sukan SEA Filipina 2019 merupakan agenda utama dalam mengenal pasti prospek pingat emas negara dalam temasya dwitahunan itu.
Sukan menembak merupakan tumpuan bagi mesyuarat hari ini bagi menentukan hala tuju serta sasaran atlet bagi tahun ini.
"Kami memiliki beberapa peringkat penilaian. Sekiranya terdapat atlet yang tidak berada di landasan untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan, mereka berkemungkinan akan berusaha untuk mencapai sasaran tersebut atau bakal digugurkan," kata Anggota Jawatankuasa Latihan dan Pertandingan NSAM, Datuk Musa Omar.
Ikuti Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini untuk laporan lebih lanjut.