Skuad berpasukan campuran badminton negara mara ke separuh akhir Sukan Komanwel 2022 selepas mengatasi Sri Lanka 3-0, sebentar tadi.
Bertemu Sri Lanka, Malaysia turun selaku pilihan dan mereka berjaya memastikan kemenangan pertama menerusi beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, 21-14, 21-14.
Dalam aksi kedua, pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, bertemu Niluka Karunaratne tidak berdepan sebarang masalah untuk memastikan melebarkan kedudukan Malaysia 2-0 dengan kemenangan straight 21-5, 21-14.
Goh Jin Wei melengkapkan kemenangan Malaysia selepas turun memastikan kemenangan 21-9, 21-5 ke atas Vidara Suhasni Vidanage.
Malaysia bakal bertemu England di separuh akhir.