Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Komanwel: Kontinjen Malaysia sasar enam emas

kbs.jpg
Kontinjen Malaysia diberikan sasaran enam pingat emas ketika menghadapi cabaran Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang dijadual berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, mengumumkan bahawa sasaran yang ditetapkan kepada sukan terjun, angkat berat, badminton, gimrama, boling padang dan powerlifting.

"Pihak saya yakin semua atlet telah siap sedia menghadapi temasya Sukan Komanwel kali ini dan akan berusaha habis-habisan untuk mempamerkan prestasi terbaik di Birmingham. 

"Kita mengucapkan selamat berjuang buat wira dan wirawati negara,” katanya.

Faizal berkata sasaran baharu itu dibuat hasil kajian dan perbincangan antara Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

Ia susulan penarikan diri pemain badminton perseorangan lelaki Lee Zii Jia dan kemalangan jalan raya yang menimpa pemain skuasy wanita S. Sivasangari.

Sebelum ini MOM mengumumkan sasaran tujuh pingat emas ditetapkan kepada kontinjen negara ke Birmingham bagi menyamai pencapaian pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia.

Advertisement

Must Watch Video