Skuad ping pong wanita negara mara ke suku akhir acara berpasukan wanita Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas menewaskan Mauritius 3-0 dalam aksi terakhir Kumpulan 3 di Pusat Pameran Kebangsaan Birmingham sebentar tadi.
Gandingan Tee Ai Xin dan Karen Lyne memulakan pungutan mata pertama Malaysia selepas menewaskan Ruqayyah Kindo-Nandeshwaree Jalim 9-11, 11-2, 11-5, 11-5.
Alice Chang kemudian tidak berdepan masalah untuk menundukkan Iumehani Hosenally 11-5, 11-9, 11-4 untuk memberikan mata kedua buat skuad negara.
Mata kemenangan Malaysia disumbangkan Karen Lyne dengan menewaskan Nandeswaree Jalim 13-11, 11-9, 6-11.
Sebagai rekod, Malaysia tewas 0-3 kepada Australia dalam perlawanan pertama sebelum bangkit membenam Maldives 3-0 dalam aksi kedua semalam.
Muzaffar Musa
Sat Jul 30 2022