Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Komanwel Birmingham: Skuad boling padang sesuaikan diri lebih awal

zuraidi-puteh-boling-padang.jpg
Skuad boling padang negara muncul pasukan terawal berlepas ke Birmingham menjelang 24 hari lagi penganjuran Sukan Komanwel 2022. 

Jurulatih kebangsaan, Zuraidi Puteh, memaklumkan 10 atlet yang dibawa adalah yang terbaik dan bersedia sepenuhnya daripada aspek mental dan fizikal

Untuk edisi ini, skuad negara diletakkan sasaran untuk memburu satu pingat emas serta satu pingat tambahan tanpa mengira warna.

Justeru, Zuraidi optimis anak buahnya mampu untuk merealisasikan sasaran itu bagi mengulangi pencapaian temasya Gold Coast 2018 apabila acara berpasangan wanita menerusi Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji menggondol emas. 

Selain Siti Zalina dan Emma Firyani yang kembali untuk mempertahankan pingat emas dalam acara berpasangan wanita, atlet senior, Muhammad Soufi Rusli Arshad, turut masih dipertaruhkan dalam skuad ke Birmingham.

"Kami pergi awal untuk memantapkan pasukan. 

"Gelanggang di Birmingham kelak memerlukan taktik dan kepakaran bermain di atas padang yang laju. 

"Mereka pastinya akan berikan persembahan yang meyakinkan. 

"Saya yakin dengan barisan pemain ini, sasaran kami akan tercapai," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. 



Senarai atlet boling padang:

Lelaki:
Fairul Izwan Muin
Idham Amin Ramlan                               
Izzat Shameer Dzulkeple                
Syamil Syazwan Ramli                     
Muhammad Soufi Rusli                     


Wanita:
Azlina Arshad
Siti Zalina Ahmad
Nur Ain Nabilah
   Syafida Haidar 
Emma Firyana Saroji

Advertisement

Must Watch Video