Atlet angkat berat muda negara, Elly Cassandra, mengakui pentas Sukan Komanwel Birmingham 2022 merupakan platform terbaik buatnya untuk menimba pengalaman, terutama dalam berdepan pencabar berkelas dunia.
Atlet kelahiran Papar, Sabah berusia 21 tahun itu menamatkan saingan bawah 55 kilogram di tempat kelima dengan angkatan keseluruhan seberat 174 kilogram di Dewan NEC awal pagi tadi.
Pingat Emas menjadi milik wakil Nigeria, Adijat Adenike Olarinoye, dengan rekod baru Sukan Komanwel, 203 kilogram, sambil atlet India, Bindyarani Devi Sorokhaibam, memenangi perak manakala peserta tuan rumah, Fraer Morrow, melengkapkan kedudukan podium.
Bagaimanapun, Elly berpuas hati dengan pencapaiannya menerusi penampilan pertamanya dalam temasya berkenaan.
"Untuk sekarang ini, saya amat berpuas hati kerana ia kali pertama saya beraksi dalam Sukan Komanwel," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Fadhirul Shuhaimi.
"Saya juga tidak menjangka dapat menamatkan saingan di tempat kelima.
"Saya perlu memperbaiki prestasi saya dalam kedua-dua acara itu, bukan hanya dalam snatch tetapi juga dalam clean and jerk.
"Saya dapat belajar bagaimana untuk menghadapi kejohanan antarabangsa dan bukan senang untuk mendapatkan peluang ini, jadi saya amat menghargainya," katanya lagi.