Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Komanwel 2026: Victoria, Australia tarik diri sebagai penganjur

maxresdefault.jpg
'Temasya Sukan Komanwel berdepan kemungkinan bakal dibatalkan', itulah realiti yang terpaksa dihadap Kesatuan Sukan Komanwel (CGF) susulan keputusan kerajaan pusat Victoria membatalkan hasrat mereka menjadi tuan rumah kepada penganjuran edisi ke-23 pada 2026.

Perancangan tersebut terpaksa dibatalkan berpaksikan kepada kenaikan bajet yang pada awalnya dianggarkan bernilai AUD2.6 billion dan kini dijangka bakal menelan sejumlah lebih AUD6 billion.

Pihak tuan rumah, Victoria secara realistiknya berasakan 'budget blowouts' yang bakal mereka tanggung ini tidak relevan buat masa ini dan terpaksa mengumumkan keputusan menarik diri daripada menjadi penganjur temasya.

Keputusan tersebut cukup memberi impak buat pihak CGF dan melabel pengumuman itu sebagai satu tamparan yang cukup mendukacitakan.

Terdahulu, pihak CGF pernah dipalit isu ketiadaan tuan rumah untuk edisi 2022 susulan bandaraya Durban, Afrika Selatan ditarik hak selaku hos susulan isu kewangan namun Birmingham tampil menjadi pengganti selaku penganjur edisi ke-22.

Dan kini dilema sama menghimpit pihak kesatuan dan penyelesaian segera perlu dicari andai mahu temasya 2026 berlangsung seperti dalam perancangan.
 

Advertisement

Must Watch Video