Atlet wushu negara, Tan Cheong Min, mengakui dia mempunyai perasaan bercampur-baur dalam membawa cabaran Malaysia di pentas Sukan Asia 2018, Ogos depan.
Nama Cheong Min mula menjadi tumpuan susulan kejayaannya meraih tiga pingat, termasuk satu emas, dalam Kejohanan Dunia di Russia, tahun lalu.
Pencapaian itu lebih menakjubkan kerana ia penyertaan sulungnya di peringkat tertinggi itu selepas tidak tersenarai dalam Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu.
Kini satu lagi tugasan besar menantinya, iaitu Sukan Asia, dan atlet berusia 19 tahun ini mengakui berasakan debaran dalam memastikan dia dapat tampil dengan persembahan yang diharapkan.
"Saya agak gementar kerana beraksi buat pertama kali dalam Sukan Asia dan tidak sabar untuk meraih pengalaman di sana," katanya.
Sementara itu, Cheong Min berharap dapat meningkatkan lagi kualiti serta teknik persembahannya menjelang dua program latihan di Macau dan China.
Saingan dalam Sukan Asia nanti menyaksikan Cheong Min akan beraksi dalam kategori gabungan nandao di mana dia meraih pingat perak dalam Kejohanan Dunia lalu.
"Saya memiliki hasrat untuk membawa pulang pingat dan akan cuba melakukan persembahan terbaik."