Kepercayaan yang diletakkan ke atas dua atlet termuda berusia 17 tahun dalam Sukan Asia Indonesia 2018 bagi sukan kenu acara slalom buat julung kalinya, tidak ingin dipersiakan mereka untuk menghadirkan rasa gerun kepada pihak lawan.
Umur tidak menjadi penghalang untuk mereka melakar kejutan, apatah lagi demi memastikan kos perbelanjaan yang ditanggung Persatuan Kenu Malaysia (Masca) berbaloi selepas sukan itu diletakkan dalam kategori B.
Skuad kenu negara mempertaruhkan 44 atlet bagi tiga acara Sukan Asia dari 18 Ogos hingga 2 September ini, termasuk dua atlet termuda, Marina Muzaffa dan Mohd Nazrin Najib.
Ternyata, Masca tidak ragu-ragu untuk memperjuangkan dua atlet berkenaan yang kian meningkat dalam penyertaan sulung temasya Jakarta-Palembang 2018 meskipun lawan dari negara lain lebih berpengalaman.
"Ia bukanlah halangan terbesar kerana semua atlet juga menjalani latihan.
"Kami cuma perlu bekerja keras untuk menghadirkan kejayaan," kata Marina ketika ditemui dalam satu majlis kesyukuran menjelang Sukan Asia anjuran skuad kenu hari ini bagi menghimpunkan atlet mereka yang berlatih di tiga venue berlainan.
Hanya acara bot tradisional wanita menjalani latihan di Putrajaya manakala slalom di Sungkai, Perak, dan kenu polo di Muar, Johor.
"Apabila menyertai Sukan Asia, ia merupakan tugas berat memandangkan kebanyakan pasukan kebangsaan bertaraf profesional.
"Ini bermakna mereka menjalani latihan sepenuh masa manakala bagi atlet Malaysia, kesemuanya mempunyai komitmen kerja dan atlet paling muda kita masih belajar di kolej," kata ketua pasukan bot tradisional wanita, Lesley Lim Ai Li.