Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan jika kena pada ramalan kekuatan sebenar, Malaysia berupaya mengatasi pencapaian temasya Guangzhou 2010 dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang dari 18 Ogos hingga 2 September ini.
Laungan keyakinan itu diluahkan biarpun Malaysia kehilangan prospek pingat emas seperti jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei dan ratu terjun, Cheong Jun Hoong.
Tujuh emas adalah sasaran realistik sementara aspirasi sebenar adalah 11 emas.
"Bagi Sukan Asia tahun ini, kami menetapkan sasaran tujuh emas tapi kalau bernasib baik dan dengan izin tuhan juga, kita boleh cecah 11 emas menerusi acara berbasikal, taekwondo, karate, sepak takraw, pencak silat, boling tenpin dan termasuk beberapa sukan yang lain," kata Syed Saddiq.
Sementara itu, chef-de-mission (CDM) ke Sukan Asia yang juga bekas pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, enggan mendedahkan pecahan tujuh pingat emas tersebut kerana beranggapan ia bakal memberi tekanan buat atlet berkenaan.
Namun, di pihaknya dan pemegang taruh yang terlibat, kajian terperinci sudah dibuat berdasarkan prestasi semasa dan yakin Malaysia mampu untuk menjangkau sasaran diletakkan.
"Persatuan sendiri yang memberikan sasaran ini dan ISN sekadar merumuskan sama ada mereka boleh atau tidak.
"Kalau diikutkan, semua pihak kata boleh sumbangkan emas, itu tidak munasabah.
"ISN dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah menilai persembahan setiap atlet dalam tempoh 12 bulan ini untuk membuat rumusan ini," kata Abdul Azim.
Kontinjen negara ke Sukan Asia semakin menunjukkan peningkatan pungutan emas sejak temasya di Busan pada 2002 sehingga Guangzhou 2010 yang kekal sebagai pencapaian terbaik dengan sembilan emas untuk berada di kedudukan ke-10.
Selepas itu, di Incheon empat tahun lalu, kontinjen negara dikritik hebat kerana sekadar meraih lima emas, jauh daripada sasaran lapan emas.