Jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, terpaksa melupakan Sukan Asia Indonesia 2018 ekoran penyakit misteri yang dialaminya sejak 10 hari lalu.
Siapa sangka individu paling penting buat skuad hoki wanita negara itu terpaksa membelakangkan pasukannya berikutan masalah kesihatan sehingga menafikan kelibatnya di tepi padang.
Dhaarma gagal menahan sebak kerana memikirkan perjuangan anak buahnya di Jakarta nanti tanpanya di sisi ketika dia sendiri buntu dibelenggu masalah kesihatan yang masih samar butirannya.
"Terlepas Sukan Asia amat menyakitkan. Sukar untuk menjelaskannya. Kami bekerja keras untuk Sukan Asia, sudah tentu juga pemain.
"Diharapkan saya boleh pergi. Keadaan saya sekarang semakin baik," ujar jurulatih berusia 49 dari Melaka itu.
Keadaan fizikal Dhaarma semakin merosot sejak 10 hari lalu dan kini terpaksa ditahan di wad sejak Rabu lalu bagi pemeriksaan lanjut.
Proses rawatan itu menafikan keinginan Dhaarma untuk terus turun membantu persiapan terakhir barisan pemain kepercayaannya sehingga memaksanya untuk sekadar melihat dari jauh mereka berlepas ke Jakarta, 15 Ogos ini.
"Saya tidak tahu penyakitnya, apa puncanya.
"Doktor pun tidak tahu. Mereka banyak membuat ujian ultrasound, ujian darah. Kalau buat skop dalam usus, ia akan menjejaskan pendarahan lebih kurang 12 hari," tambahnya yang menggalas tanggungjawab mengendali skuad wanita negara sejak Januari 2016.
Situasi sedih itu disifatkan Dhaarma sebagai malang bertimpa setiap kali Sukan Asia hadir bertamu.
Ini kerana dalam temasya Hiroshima 1994, dia tersisih daripada senarai akhir pemain yang terpilih dan 20 tahun berselang, dia digugurkan daripada jawatan ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara dalam temasya Incheon 2014.