Atlet boling tenpin negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Ahmad Muaz Fishol, berpandangan sistem mata berbeza yang diperkenalkan dalam Sukan Asia Indonesia 2018 tidak memberikan sebarang kelebihan buat mana-mana pemain.
Kelazimannya, setiap pemain akan memungut 10 mata di samping 10 mata bonus jika dapat melakukan strike lalu menjadikan 20 mata bagi setiap strike.
Namun, dalam temasya Jakarta-Palembang 2018 nanti, terdapat sedikit perubahan kerana setiap strike yang dilakukan akan menyumbang 30 mata.
Lantaran itu, jurang mata akan lebih besar andai mana-mana pemain dapat mengekalkan rentak konsisten dalam permainan masing-masing.
Begitupun, Syaidatul dan Ahmad Muaz menjelaskan bahawa mereka sudah bersedia untuk menghadapi sistem itu supaya tidak ketinggalan dengan pencabar yang lain.
"Kami akan membuat 10 balingan berbanding 12 sebelum ini, termasuk frame bonus.
"Namun, kali ini tiada frame bonus.
"Oleh itu, kalau boleh kami fokus untuk melakukan strike walaupun spare itu tetap penting," kata Syaidatul.
Ahmad Muaz pula berpandangan pemain dituntut untuk sentiasa memperagakan aksi konsisten dengan berkata: "Sistem pemarkahan baru ini lebih adil untuk semua pemain. Ia juga melibatkan markah yang lebih tinggi, oleh itu tiada ruang untuk melakukan sebarang kesilapan kerana sukar untuk mengejar kedudukan.
"Sistem pemarkahan baru ini agak mencabar."
Acara boling yang akan berlangsung di Palembang nanti menyaksikan tiada acara individu dipertandingkan dengan berpasukan wanita menjadi taruhan utama Malaysia dalam pemburuan pingat emas.
Skuad boling negara bakal menjalani sesi latihan intensif selama dua minggu di salah sebuah negeri di Pantai Timur sebelum berlepas ke Palembang pada 18 Ogos ini.