Hakikat asalkan dipilih ke Sukan Asia menjadikan atlet tidak terlalu terkesan dengan beban perbelanjaan sendiri ke Indonesia walaupun ia adalah tanggungjawab persatuan sepenuhnya sekiranya mereka berada dalam kategori B.
Menembak dan lawan pedang adalah antara yang diletakkan dalam kategori B di mana persatuan sukan berkenaan meletakkan tanggungjawab sepenuhnya ke atas atlet untuk mengeluarkan bajet sendiri.
Sembilan penembak yang dipilih ke Sukan Asia perlu mencari inisiatif sendiri kecuali Eddy Chew yang menarik diri kerana tidak mempunyai bajet mencukupi.
Penembak air rifle, Mohd Lutfi Othman, menganggap peluang terpilih ke Sukan Asia begitu berharga, sekali gus tidak menghalang dirinya mengeluarkan bajet sehingga RM4,000 bagi menampung perbelanjaan ke Indonesia.
"Apabila dipilih, memang saya bersemangat tetapi oleh kerana terpaksa menggunakan dana sendiri, saya perlu berbincang dengan keluarga dan jurulatih.
"Selepas berbincang, saya buat keputusan untuk pergi juga. Memang saya tidak sabar untuk bertanding di sana," kata Lutfi.
Sementara itu, atlet lawan pedang, Joshua Koh I Jie, juga dalam situasi sama, bahkan persiapan untuk menjalani latihan di luar negara ditanggung sendiri tanpa bergantung kepada Persekutuan Lawan Pedang Malaysia (MFF).
Daripada lapan atlet yang dipilih, hanya seorang yang menarik diri kerana kekangan kewangan, iaitu Che Ku Nur Aida Che Ku Rahim.
"Persiapan di Thailand sebelum ini cukup baik sebab kelab yang kendalikan latihan itu besar. Mereka juga menjemput atlet dari luar negara, termasuk dari Eropah.
"Kem latihan itu dikendalikan oleh kelab. Jadi, ia tidak sukar bagi saya. Kali ini, persatuan tolong sedikit daripada segi penajaan tetapi tidak cukup. Saya juga guna duit sendiri," kata Joshua.