Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia: Saya bukan tuhan -- Rexy

rexy.jpg
'Saya bukan tuhan' -- reaksi bersahaja itu disuarakan pengarah kejurulatihan beregu, Rexy Mainaky, mengenai peluang kem negara mengakhiri kemarau kilauan pingat emas Sukan Asia sejak 2006.

Gandingan emas terakhir yang berjaya mengukir lakaran sejarah terulung di Sukan Asia adalah Koo Kien Keat serta Tan Boon Heong. 

Manakala kali terakhir pingat berjaya dibawa pulang oleh kem perseorangan adalah gangsa menerusi Datuk Lee Chong Wei pada 2014.

Melihat senario prestasi pemain negara menuju Sukan Asia edisi kali ini, secara realistiknya, taruhan terbaik disandang gandingan beregu negara berbanding pemain perseorangan, iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang dilihat berpotensi memacu kejayaan emas di bumi Hangzhou.

Namun Rexy mempunyai perpesktif tersendiri, dia berkata menerusi Nadi Arena, "Saya bukan tuhan, kami sebagai staf kejurulatihan, kami akan terus membantu mempersiapkan pemain untuk menghadapi setiap kejohanan.

"Sebagai jurulatih, semua mengharapkan pingat berjaya diperoleh menerusi acara beregu dalam Sukan Asia kali ini."

Sementara itu, Rexy turut berkongsi perancangan fasa akhir melibatkan kem latihan pusat sebelum terbang ke Hangzhou.

Biarpun belum ada sebarang pengumuman rasmi, namun bayangan awal sudah capai kesepakatan awal untuk menghimpunkan wakil negara.

"19 sehingga 23 September kami akan menjalani kem latihan sebelum ke China. Terdapat perbincangan telah dijalankan sebelum ini selepas tamat Kejohanan Dunia sebelum ini bagi melakukan kem latihan ini," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video