Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia: Razak terpaksa diketepikan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

razak.jpg
Ketua jurulatih silat negara, Nasri Nasir, mengesahkan atlet Program Podium, Razak Ghazali, tidak akan beraksi dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang akibat kecederaan di bahagian kepala sewaktu Terbuka Belgium, bulan lalu.

Juara dunia 2016, Razak,  mengalami kecederaan di bahagian kepala yang memerlukan proses pemulihan dalam jangka masa lama.

Latihan yang terlalu berat tidak mampu dilakukan dan untuk itu, dia dikecualikan daripada beraksi di Jakarta-Palembang, Ogos depan, kerana khuatir ia akan memudaratkan keadaannya.

Bagaimanapun, Nasri tidak gusar kerana pesilat muda, Muhammad Zarish Hakim, bakal menggantikan tempat Razak dalam kelas D putra.

"Berdasarkan laporan yang  diterima, terdapat gegaran otak yang dialami oleh Razak dan kami terpaksa mengetepikan penyertaannya daripada Sukan Asia," kata Nasri.

Paling utama ketika ini adalah untuk memastikan dua prospek utama, Muhammad Al-Jufferi Jamari dan Siti Rahmah Mohd Nasir, bebas daripada kecederaan sehingga saingan sebenar bermula 18 Ogos depan.

"Rata-rata atlet sudah kembali pulih sepenuhnya dan bersedia untuk menghadapi Sukan Asia," ujarnya lagi.

Advertisement

Must Watch Video