Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memberi jaminan sasaran pingat kontinjen negara dalam Sukan Asia Indonesia 2018 akan mengatasi pencapaian di Incheon empat tahun lalu.
Syed Saddiq berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Majlis Sukan Negara (MSN), Taman Keramat, Kuala Lumpur hari ini yang turut membabitkan ramai pegawai sukan negara.
Selain sasaran pingat, turut dibincangkan adalah persiapan akhir kontinjen negara di samping perhimpunan atlet yang akan diadakan secara ringkas, Jumaat ini.
Cabaran utama kontinjen negara ialah menamatkan cabaran dalam kelompok 10 negara terbaik seperti yang disasarkan oleh Program Podium.
Program itu dibentuk khas demi memastikan Malaysia cemerlang dalam Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Kami akan mengadakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang yang akan akan turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebagai satu pengiktirafan kepada atlet kita kerana menyumbang tenaga, bakti dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang nanti.
"Dalam masa sama, kami akan membuat pengumuman rasmi kepada media mengenai sasaran (pingat)," ujar beliau.