Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia: Penyenaraian semula acara compound disambut baik

syahir23117.jpg
Pemanah recurve negara, Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli, menganggap penyenaraian semula acara compound dalam Sukan Asia 2018 mengurangkan tekanan untuk memburu pingat emas sulung Malaysia dalam temasya sukan itu.

Zarif, yang menyambut baik perkembangan itu, berkata: "Ia memberikan impak yang besar untuk peluang pasukan memanah mendapatkan pingat."

Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengadakan mesyuarat khas dengan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) minggu depan untuk memilih pemanah compound.

Ia bergantung kepada tiga acara Sukan Asia, iaitu berpasukan lelaki, wanita dan campuran.

"Mungkin ia dapat mengurangkan tekanan sebab bukan sahaja pemanah recurve, compound pun turut hadir. Berkaitan dengan pingat itu, kami boleh bahagi-bahagikan," kata pemanah compound, Nur Alia Ghapar.

"Saya berharap mereka dapat fokus untuk recurve. Mereka perlu berlatih dengan lebih gigih lagi untuk Sukan Asia nanti," kata penolong jurulatih recurve negara, Wan Mohamad Khalmizan Wan Abd Aziz.

Advertisement

Must Watch Video