Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia: Pandelela-Jun Hoong kekal prospek emas

pandelela-jun-hoong.jpg

Gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong kekal sebagai prospek terbaik skuad terjun negara meraih pingat acara 10m platform terjun seirama dalam Sukan Asia Indonesia, Ogos depan.

Malah, kedua-dua penerjun negara itu berharap dapat menyambung sesi latihan di China.

Pandelela dan Jun Hoong merupakan gandingan utama sejak saingan Sukan Olimpik Rio 2016 dan sentiasa membutirkan pingat kepada negara.

Menjelang Sukan Asia Indonesia, mereka sekali lagi menjadi sandaran utama skuad terjun untuk mencipta kejayaan kontinjen negara dalam usaha mencapai sasaran mengakhiri saingan dalam kelompok 10 negara terbaik.

"Saya berasakan perlu memberi tumpuan kepada latihan saya bersama Jun Hoong bagi menampilkan terjunan terbaik dalam Sukan Asia," kata Pandelela.

Ahmad Amsyar Azman dan Chew YiWei bakal menyertai dua Kejohanan Terjun Grand Prix FINA di Itali dan Sepanyol dan Pandelela berharap ia akan menjadi persiapan terbaik buat mereka sebelum menghadapi Sukan Asia.

"Bagi saya, dua penerjun yang bakal menghadapi kejohanan sebelum Sukan Asia akan menjadi medan persiapan daripada segi ketahanan mental."

Pandelela turut berharap dapat kembali berlatih di China kerana dapat memberikan tumpuan yang lebih baik dalam sesi latihan sebagai persiapan terakhir menghadapi Sukan Asia.

"Tumpuan dalam sesi latihan adalah sama di Malaysia ataupun luar negara tetapi kami mampu memberikan lebih lagi jika berada di China," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video