Selepas penyerahan Jalur Gemilang hari ini, bukan persoalan tentang mampukah kontinjen negara meraih tujuh pingat emas dalam Sukan Asia 2018 yang diberikan tumpuan utama. Ini kerana jika mahu merealisasikan aspirasi berada dalam kelompok 10 terbaik Asia, jumlah itu tidak cukup buat Malaysia.
Itu pandangan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Norza Zakaria, dalam menegaskan kemungkinan yang bakal dihadapi kontinjen negara.
Berdasarkan statistik temasya Incheon 2014, untuk berada dalam kelompok 10 terbaik, sekurang-kurangnya 10 emas diperlukan seperti dicapai Qatar dan Taiwan selepas Malaysia yang memungut lima emas, sekadar mengakhiri perjuangan di kedudukan ke-14.
"Kalau bercakap mengenai pencapaian kedudukan 10 terbaik, sudah pasti kami perlu melangkaui sasaran yang ditetapkan.
"Namun, dengan keadaan kita di Jakarta-Palembang melalui persiapan yang dibuat, sasaran tujuh emas tidak meletakkan tekanan kepada atlet.
"Seperti kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kita berpotensi untuk meraih 11 emas.
"Saya fikir, kita serahkan kepada atlet untuk buat yang lebih baik," ujar Norza.
Dalam pada itu, harapan besar diletakkan ke atas kontinjen Malaysia dalam Sukan Asia dari 18 Ogos hingga 2 September ini berikutan kegagalan dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu.
Kegagalan berupaya menjadi penghujung kepada program pemantapan atlet elit, Program Podium.
Tatkala misi di Indonesia adalah untuk memadamkan keraguan, ada kesepakatan kolektif daripada semua badan induk sukan negara untuk menanggung tanggungjawab jika kempen dalam temasya ini juga berakhir duka.
"Sasaran pingat yang ditetapkan ini adalah sebahagian daripada sasaran MSN (Majlis Sukan Negara).
"Matlamat MSN adalah melahirkan atlet untuk diserapkan dalam Program Podium.
"Pingat adalah idaman kita semua. Bagi saya, ia bukan satu isu untuk perbandingan di antara ISN dan MSN. Kami bersama-sama di bawah satu kementerian dan kami adalah sebuah pasukan, " kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Dalam masa sama, Shapawi optimis barisan atlet Malaysia mampu mencipta kejutan menjangkau sehingga 11 pingat emas jika mereka mempersembahkan prestasi terbaik ketika hari pertandingan.
"Tujuh emas ditetapkan kerana kami berasa yakin berlandaskan prestasi semasa atlet tapi ia boleh menjadi 11 emas kalau kita ada rezeki dan bernasib baik semasa hari pertandingan.
"Tujuh emas agak realistik dan kami mengharapkan kalau dapat mencapai 11 emas, ia boleh membantu kita mencapai ranking terbaik," tambahnya.