Pemain skuasy negara, Nafiizwan Adnan, yakin slot ke Sukan Asia bagi acara perseorangan lelaki bakal menjadi miliknya meskipun Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) masih belum mengumumkan senarai pemain ke temasya sukan itu.
Hanya dua slot diperuntukkan untuk acara perseorangan bagi Sukan Asia Indonesia, Ogos depan.
Nafiizwan kini dianggap sebagai pemain terbaik Malaysia berdasarkan ranking di kedudukan ke-42 dunia berbanding dua lagi pemain utama, Ng Eain Yow di tangga ke-47 dan Ivan Yuen di tangga ke-71.
Bagaimanapun, dia tetap akan memberikan aksi terbaik dalam Kejohanan Kebangsaan dan Terbuka Malaysia bulan depan yang bakal dijadikan sebagai penilaian akhir SRAM untuk memilih atlet ke Sukan Asia.
"Saya akan cuba menampilkan aksi cemerlang dalam kejohanan akan datang dan berharap untuk layak ke Sukan Asia," kata Nafizzwan.
Impian sama turut dikongsi pemain muda, Aifa Azman yang mahu melakukan penampilan pertamanya dalam Sukan Asia 2018.
Namun, dia terpaksa bersaing dengan tiga lagi pemain, iaitu Low Wee Wern, S. Sivasangari dan juga Rachel Arnold tatkala satu slot lagi sudah menjadi milik ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David.
"Saya berharap untuk terpilih dan ia akan menjadi penampilan pertama saya dalam Sukan Asia," kata Aifa.