Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengambil serius kualiti atlet yang akan membarisi kontinjen negara ke Sukan Asia di Indonesia, Ogos depan apabila mengetatkan proses pemilihan, khususnya had kelayakan bagi temasya berkenaan.
Sebelum ini, MOM menetapkan kedudukan enam terbaik sebagai panduan utama had kelayakan atlet, sama ada individu ataupun berpasukan, untuk beraksi dalam temasya sukan itu.
Namun, lain pula bagi pemilihan kali ini apabila badan itu meningkatkan lagi had berkenaan kepada kedudukan empat terbaik, sama ada dalam edisi Sukan Asia 2014 mahupun mana-mana kejohanan di rantau Asia sepanjang tahun lalu.
Lantas, ada persatuan sukan yang tidak berpuas hati, namun mereka perlu menerima ketetapan yang telah dibuat oleh MOM.
"Ada persatuan yang membuat bantahan dalam perjumpaan tadi selepas beberapa atlet mereka dikeluarkan daripada kategori A.
"Mereka tidak gembira sebab kami terpaksa keluarkan atlet akibat kekangan bajet. Kami tidak boleh sewenang-wenangnya menghantar atlet ke Sukan Asia.
"Jadi, kami berharap jika MSN (Majlis Sukan Negara) dapat bajet yang lebih, kami pun boleh tambah atlet dalam kategori A," kata Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib.
Hari pertama mesyuarat pemilihan hari ini menyaksikan 11 jenis sukan telah menamakan senarai atlet masing-masing.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, menyambut baik langkah yang diambil oleh MOM sambil menegaskan kualiti atlet yang mengambil bahagian perlu dijadikan keutamaan.
"Fokus kita adalah kualiti berbanding kuantiti. Jadi, ia boleh memberikan satu rangsangan kepada persatuan sukan.
"Kita tidak mahu pelaburan yang dibuat tidak mendapat hasil selepas peluang diberikan. Jadi, bagi saya, ini adalah inisiatif yang baik daripada MOM," kata Ahmad Shapawi.
Antara jenis sukan yang dimasukkan dalam kategori B melibatkan badminton, silat, bola sepak, ragbi dan bola keranjang.
Kategori A
• Terjun : 12 Atlet
• Renang : 3 Atlet
• Badminton : 14 Atlet
• Skuasy : 8 Atlet
• Silat : 11 Atlet
• Karate : 5 Atlet
• Pelayaran : 11 Atlet
• Sepak Takraw : 15 Atlet
• Bola Keranjang : 4 Atlet
• Bowling : 12 Atlet
Kategori B
• Badminton : 6 Atlet
• Silat : 10 Atlet
• Bola Sepak : 20 Atlet
• Ragbi : 12 Atlet
• Bola Keranjang : 12 Atlet